- Laman Utama
- Berita Terkini
- Lawatan Kerja Academy of Youth Diplomacy, Tatarstan
Lawatan Kerja Academy of Youth Diplomacy, Tatarstan
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dijemput oleh Pusat Belia Antarabangsa (IYC) bersama-sama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi meraikan kedatangan delegasi antarabangsa dari Republik Tatarstan sempena lawatan kerja dan mesyuarat bersama Academy Of Youth Diplomacy, Tatarstan yang dilaksanakan pada 4 hingga 6 November 2024 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, Kuala Lumpur.
Objektif lawatan ini ialah untuk membincangkan beberapa cadangan kerjasama dan program antara IYC dan Academy Of Youth Diplomacy, Tatarstan termasuk menjadikan IYC sebagai penandarasan bagi cadangan kemudahan ‘Pusat Belia Antarabangsa’ di Tatarstan. Sesi lawatan kerja ini telah diketuai oleh Mr. Timur Suleymanov, Aide to the Rais of the Republic of Tatarstan, Head of All-Russian Public State Movement of Children an Youth in the Republic of Tatarstan bersama-sama 4 orang delegasi yang terdiri daripada pegawai-pegawai Academy Of Youth Diplomacy, Tatarstan. Antara yang turut hadir ke sesi lawatan ini ialah Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN, Encik Muhammad Khairil Khalid, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IYRES bersama-sama Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan Encik Adrian Leong Tiam Ee, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa.
Dalam sesi lawatan ini juga, YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES turut berkongsi maklumat mengenai latar belakang IYRES termasuk 4 fungsi bidang utama IYRES yang berperanan sebagai institut kajian yang bertanggungjawab dalam memperkasakan pembangunan belia di Malaysia. Semoga sesi lawatan kerja ini akan mengeratkan lagi jalinan kerjasama strategik antara Kementerian Belia dan Sukan dan Academy Of Youth Diplomacy, Tatarstan.