kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Youth As Researchers (YAR) 2024

IMG 20241220 WA0057

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Youth As Researchers (YAR) yang bertemakan ‘Belia Kreatif, Masa Depan Progresif’ telah diadakan pada 18 Disember 2024 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras bersempena dengan Konvensyen Kebangsaan SDG Belia Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan khas dan sesi perkongsian Bersama Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy berkaitan Indeks Belia Malaysia (IBM).

Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada 27 orang pemenang pertandingan YAR bagi tempat pertama, kedua dan ketiga mengikut kategori rencana, infografik dan video kreatif (Tik Tok) dan kohort umur. Sesi penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Azhar Mohamed Isa, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa dengan diringi oleh Eksekutif Penyelidik Kanan, Puan Shahhanim Yahya bersama-sama YBhg. Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapie, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa.

Setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 untuk tempat pertama, RM700 untuk tempat kedua dan RM500 untuk tempat ketiga. Semoga kejayaan ini akan menjadi suntikan semangat untuk para belia di luar sana untuk lebih kreatif dalam menggunakan data-data kajian IYRES. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan.

IMG 20241220 WA0058

IMG 20241220 WA0060

IMG 20241220 WA0081

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.