- Laman Utama
- Berita Terkini
- Pengiktirafan Focal Point Hub Data Melalui Program Hub Data Exchange (HDX) 2024
Pengiktirafan Focal Point Hub Data Melalui Program Hub Data Exchange (HDX) 2024
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan program Hub Data Exchange (HDX) 2024 pada 5 Disember 2024 yang berlangsung di Dewan Banquet Casa, Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur. Program ini dihadiri oleh 78 peserta yang terdiri daripada Focal Point Hub Data dari pelbagai kementerian/jabatan/agensi dan NGO.
Program yang Bertemakan “Menghubung Data, Memacu Masa Depan” ini diadakan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan serta meningkatkan kefahaman dan kerjasama dalam penggunaan dan perkongsian data pembangunan belia yang lebih dinamik. Program ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Salah satu acara kemuncak pada program ini ialah penyampaian Anugerah HDX 2024 kepada focal point yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan dan perkongsian data di bawah Hub Data. Pelbagai kategori anugerah diberikan iaitu:
• Focal Excellent Award (Dashboard Belia) di menangi oleh Jabatan Perdana Menteri
• Focal Excellent Award (Sistem Ydata) di menangi oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)
• Excellent ICE Award (Sistem Myprofil) di menangi oleh Pn Farah binti Omar
• Focal Excellent Award ( kategori Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dimenangi oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia ILKBS
Program ini diteruskan dengan sesi perkongsian oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES bertajuk “Menghubungkan Data, Memperkasa Pembangunan Belia”. Melalui sesi ini, Dr Vellapandian turut menyentuh isu kepentingan Hub Data dalam membantu ekosistem agenda pembangunan belia negara. Sesi gamifikasi HDX juga antara aktiviti yang menarik perhatian peserta di mana 3 sesi gamifikasi dilaksanakan dengan penglibatan pakar teknologi, rakan teknologi dan peserta bagi menggalakkan interaksi dan kefahaman secara aktif mengenai sistem-sistem di bawah Hub Data.
Para peserta juga telah memanfaatkan peluang untuk bertukar pandangan menerusi sesi gamifikasi dalam suasana interaktif. Program ini telah berjaya memberikan impak positif kepada para peserta, membina rangkaian lebih kukuh, dan meningkatkan peranan data sebagai pemacu utama pembangunan belia di Malaysia. Melalui program ini juga mencerminkan komitmen IYRES untuk terus memperkasakan pembangunan belia melalui pendekatan teknologi dan inovasi data.