kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS dalam proses siapkan garis panduan tangani kes belia bunuh diri

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melancarkan Garis Panduan Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia sebagai usaha menangani kecenderungan bunuh diri dalam kalangan golongan itu.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, garis panduan demi memudahkan orang ramai mengenal pasti tanda awal kecenderungan terhadap tindakan bunuh diri dan langkah yang perlu diambil.

“Kita mahu ia cukup praktikal untuk digunakan sesiapa saja termasuk majikan, pensyarah, rakan serumah dan ahli keluarga kerana ramai berkongsi mereka tidak tahu ke mana hendak mendapatkan bantuan atau nombor mana perlu dihubungi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Meja Bulat Belia Bantuan Awal Menangani Bunuh Diri Belia di sini, hari ini.

Persidangan tersebut diadakan secara tertutup.

Mengulas lanjut beliau berkata, draf garis panduan tersebut kini dalam proses dimuktamadkan menerusi libat urus yang diadakan dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan pandangan menyeluruh.

“Selepas sesi libat urus tambahan bersama keluarga dan belia yang pernah melalui pengalaman terbabit, KBS yakin buku panduan ringkas itu dapat dicetak serta diedarkan sebelum penghujung tahun ini.

“Kita tidak mahu hanya menunggu kejadian berlaku. Ini langkah awal memastikan lebih ramai boleh dibantu sebelum terlambat,” jelasnya.

Hannah berkata, pelbagai cadangan dikemukakan bagi menangani kes bunuh diri ketika persidangan yang berlangsung hari ini.

“Antaranya memperbanyakkan latihan intervensi melalui HRD Corp kepada majikan, memperuntukkan masa khusus di universiti dan tempat kerja untuk aktiviti kesejahteraan mental seperti berjalan atau bersenam.

“Ada juga cadangan memperkasakan pendidikan mengenai perbezaan antara masalah kesihatan mental, kecelaruan mental dan penyakit mental bagi mengelak salah diagnosis,” katanya.

 

Sumber: Malaysia Gazette (KBS dalam proses siapkan garis panduan tangani kes beliau bunuh diri)

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.