- Laman Utama
- Berita Terkini
- Bengkel Analisis Data Penilaian Program Kuasa Orang Muda (KOM)
Bengkel Analisis Data Penilaian Program Kuasa Orang Muda (KOM)

SELANGOR, 6 FEBRUARI 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama IMPACT Integrated telah melaksanakan Bengkel Analisis Data Penilaian Program Kuasa Orang Muda (KOM) bertempat di Spacerubix, IMPACT Integrated.
Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan serta menganalisis data penilaian Program Kuasa Orang Muda (KOM) 2025 bagi menilai keberkesanan pelaksanaan program tersebut. Bengkel ini telah dihadiri oleh para penyelidik daripada IYRES dan IMPACT Integrated.
Diharapkan kerjasama strategik ini dapat memperkukuh usaha penyelidikan dan penilaian program pembangunan belia, seterusnya menyumbang kepada penambahbaikan inisiatif belia pada masa hadapan.