kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bengkel Libat Urus Data Raya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil.1/2026

Image

Selangor, 29–30 Januari 2026 — Bengkel Libat Urus Data Raya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil.1/2026 anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Perancangan (BDS), KBS serta Institut Sukan Negara (ISN) telah berjaya dilaksanakan di Hotel Holiday Inn, Sepang, Selangor.

Ucapan alu-aluan bengkel telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KBS kepada seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada ????? ????? dan pegawai mewakili bahagian, jabatan serta agensi di bawah KBS.

Pelaksanaan bengkel ini merupakan langkah strategik ke arah memperkukuh hala tuju Projek Data Raya KBS bagi tempoh 2026 hingga 2030, selaras dengan Perancangan Strategik KBS 2026–2030 serta Dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Bengkel ini turut berperanan sebagai platform utama untuk mengenal pasti keperluan data di peringkat KBS secara menyeluruh melalui penyelarasan program dan inisiatif berimpak tinggi.

Sebanyak lima (5) fokus bidang utama telah dikenal pasti merangkumi aspek pembangunan Belia, pemerkasaan Sukan, pengukuhan latihan TVET, pengembangan Industri Sukan, serta penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan kementerian.

Sepanjang dua hari pelaksanaan, bengkel ini telah berjaya menghasilkan sebanyak 117 program dan inisiatif bagi tempoh perancangan 2026–2030, serta mengenal pasti sebanyak 169 set data strategik sebagai input utama pembangunan ekosistem Data Raya KBS.

Majlis rumusan dan penutup bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES, yang turut menekankan kepentingan penyelarasan data merentas bahagian bagi memastikan pelaksanaan Projek Data Raya KBS 2026–2030 lebih bersepadu, mampan dan berorientasikan impak nasional.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.