kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IYRES - MIYC Perkasa Ekosistem Data Belia melalui Inisiatif Hub Profil Belia

Image

PUTRAJAYA, 26 Februari 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) terus memperkukuh jaringan strategiknya apabila mengadakan Sesi Taklimat Kerjasama Strategik bersama Majlis Belia India Malaysia (MIYC) bagi memperluas pelaksanaan serta hebahan sistem MyProfil dalam kalangan belia, khususnya komuniti belia India di Malaysia.

Sesi yang berlangsung di Ibu Pejabat IYRES ini memberi penekanan kepada pelaksanaan Inisiatif Hub Profil Belia IYRES, iaitu satu usaha bersepadu untuk memperluas capaian MyProfil sebagai platform utama pengumpulan dan pengurusan data belia negara. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh sistem data yang lebih komprehensif, inklusif dan berteraskan keperluan sebenar belia.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik 1 IYRES, manakala pembentangan sistem MyProfil telah disampaikan oleh Dr. Nur Hidayah Zaidun, Eksekutif Penyelidik 9 IYRES dari Cawangan Pengurusan Data IYRES.

Antara fokus utama kerjasama yang dibincangkan termasuk mempergiat hebahan MyProfil dalam program-program anjuran MIYC, menggalakkan pendaftaran sebagai IYRES Community Enumerator (ICE) dan sukarelawan MyProfil, serta memperluas jaringan sistem ini melalui persatuan belia, NGO dan Majlis Belia Negeri.

Melalui kolaborasi ini, IYRES komited untuk memperkasakan peranan data sebagai asas kepada perancangan dan penggubalan dasar pembangunan belia yang lebih tepat, responsif dan berimpak tinggi. Kerjasama strategik ini juga dijangka meningkatkan kadar penyertaan belia dalam sistem MyProfil sekali gus memperkukuh suara dan representasi belia dalam lanskap pembangunan negara.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.