- Laman Utama
- Berita Terkini
- Sesi perkongsian berkaitan sistem Tenderwizard kepada Ahli Mesyuarat Pengurusan Institut Sukan Negara (ISN)
Sesi perkongsian berkaitan sistem Tenderwizard kepada Ahli Mesyuarat Pengurusan Institut Sukan Negara (ISN)

KUALA LUMPUR, 10 MAC 2026 – Sesi perkongsian berkaitan sistem Tenderwizard kepada Ahli Mesyuarat Pengurusan Institut Sukan Negara (ISN) telah diadakan bertempat di Bilik Jasmine, Aras 2, ISN.
Perkongsian ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan input kepada Ahli Mesyuarat Pengurusan ISN mengenai fungsi, kelebihan serta amalan pelaksanaan sistem ???????????? dalam pengurusan perolehan, khususnya dari aspek ketelusan, kecekapan, pemantauan dan pengukuhan tadbir urus organisasi.
Sesi perkongsian tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN).
Turut hadir ialah Ahli Mesyuarat Pengurusan ISN. Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Encik Muhammad Azamuddin Hashim, Eksekutif Khidmat Pengurusan dan Encik Mohd Farius Bujang, Penolong Eksekutif Kanan (Kewangan) dibantu oleh Puan Sartina Safian.