- Laman Utama
- Berita Terkini
- Bengkel Pembangunan Nota Teknikal Pengumpulan Data Profil Belia (NEET)
Bengkel Pembangunan Nota Teknikal Pengumpulan Data Profil Belia (NEET)

PUTRAJAYA, 8 APRIL 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Nota Teknikal Pengumpulan Data Profil Belia Not in Employment, Education or Training (NEET) 2026 bertempat di Hotel Palm Garden, Putrajaya.
Penganjuran bengkel ini merupakan langkah awal yang signifikan bagi memastikan pelaksanaan Kajian Profil Belia NEET 2026 dapat dijalankan secara sistematik. Fokus utama bengkel adalah untuk membangunkan nota teknikal yang akan berfungsi sebagai manual rujukan utama bagi para enumerator dan pegawai di lapangan.
Ucapan aluan bengkel telah disampaikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Bagi memantapkan lagi pembangunan nota teknikal dan input, seramai empat orang pakar rujuk telah hadir secara fizikal dan seorang lagi pakar rujuk turut menyertai sesi perbincangan secara atas talian bagi memberikan pandangan kepakaran masing-masing. Melalui sinergi antara pihak IYRES dan barisan pakar rujuk yang dilantik, pembangunan nota teknikal ini dijangka dapat memperkukuh gerak kerja pengumpulan data yang dirancang pada tahun ini.