kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bengkel Pembentukan Domain dan Indikator Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2026 (IBSM’26)

Image

PUTRAJAYA, 13-14 APRIL 2026 – Bengkel Pembentukan Domain dan Indikator Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2026 (IBSM’26) telah selesai diadakan selama dua (2) hari bertempat di Perdana 2, DoubleTree by Hilton Putrajaya.

Bengkel ini memfokus kepada pembentukan, penyelarasan serta pemurnian domain dan indikator bagi pelaksanaan Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM’26). Menerusi bengkel ini, gerak kerja seterusnya bagi kajian ini turut dirancang secara terperinci supaya proses pengumpulan data dapat berjalan dengan lancar.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, IYRES. Selain itu, seramai lima (5) orang Pakar Rujuk dan seorang Pakar Bidang Penyelidikan juga telah hadir ke bengkel ini untuk sama-sama membantu proses pembentukan domain dan indikator IBSM’26.

Semoga usaha dan sinergi yang berlangsung dalam bengkel ini dapat menghasilkan output IBSM’26 yang berkualiti dan relevan.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.