- Laman Utama
- Berita Terkini
- IYRES Perkukuh Kerjasama Strategik bersama Pembangunan Belia Pulau Pinang
IYRES Perkukuh Kerjasama Strategik bersama Pembangunan Belia Pulau Pinang

PUTRAJAYA, 13 APRIL 2026 – Satu sesi kerjasama strategik antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian bagi memperkukuh kolaborasi dalam pembangunan ekosistem data belia.
Dalam sesi tersebut, Cawangan Pengurusan Data IYRES telah membentangkan projek Hub Profil Belia (Sistem My profil) yang merupakan inisiatif utama dalam pengumpulan, penyelarasan dan analisis data belia secara bersepadu. Turut diperkenalkan ialah beberapa inisiatif lain seperti pendaftaran IYRES Community Enumerator (ICE), Sukarelawan Satria, ICExcellent Bootcamp, serta sistem Dashboard Belia dan YData.
Kerjasama strategik ini dijangka dapat memperkukuh penggunaan data dalam perancangan dasar dan pelaksanaan program pembangunan belia yang lebih berfokus, berimpak tinggi serta selaras dengan keperluan semasa transformasi digital sektor belia.