- Laman Utama
- Berita Terkini
- Bengkel Penyelidikan Siswazah: Pembangunan Model Faktor Penentu Masalah Malpemakanan Remaja di Malaysia – Group Model Building (GMB) Siri 2
Bengkel Penyelidikan Siswazah: Pembangunan Model Faktor Penentu Masalah Malpemakanan Remaja di Malaysia – Group Model Building (GMB) Siri 2

KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menghadiri Bengkel Penyelidikan Siswazah: Pembangunan Model Faktor Penentu Masalah Malpemakanan Remaja di Malaysia – Group Model Building (GMB) Siri 2 yang berlangsung di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bengkel anjuran Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (ReaCH), UKM ini bertujuan membangunkan model bagi memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah malpemakanan remaja di Malaysia serta merupakan kesinambungan daripada Bengkel GMB Siri 1.
Sepanjang bengkel, peserta terlibat dalam sesi semakan model dan pembangunan cadangan intervensi melalui perbincangan merentas sektor. Penyertaan IYRES mencerminkan komitmen dalam menyokong penyelidikan serta memperkukuh kerjasama strategik dalam menangani isu malpemakanan remaja. IYRES diwakili oleh Puan Norhidayah Omar, Eksekutif Penyelidik Kanan.