- Laman Utama
- Berita Terkini
- Bengkel Penulisan Artikel Kajian Potensi, Daya Saing dan Kebolehpasaran Belia dalam Pekerjaan, Pendidikan dan Latihan (Siri 1)
Bengkel Penulisan Artikel Kajian Potensi, Daya Saing dan Kebolehpasaran Belia dalam Pekerjaan, Pendidikan dan Latihan (Siri 1)

PUTRAJAYA, 22 APRIL 2026 – Bengkel Penulisan Artikel Kajian Potensi, Daya Saing dan Kebolehpasaran Belia dalam Pekerjaan, Pendidikan dan Latihan (Siri 1) telah berjaya dilaksanakan di Hotel DoubleTree by Hilton, Putrajaya.
Bengkel ini bertujuan untuk menyebarluaskan dapatan kajian yang telah dilaksanakan, di samping memperkukuh kualiti penulisan artikel jurnal melalui bimbingan pakar yang dilantik. Sepanjang bengkel, perbincangan turut memberi fokus kepada skop artikel, platform penerbitan serta rangka penulisan yang akan diterbitkan.
Penghasilan artikel jurnal ini diharapkan dapat menjadi rujukan penting kepada pemegang taruh pembangunan belia, pelajar dan masyarakat umum, selain menyokong usaha penggubalan dasar dan perancangan program yang lebih berkesan serta berasaskan bukti.
Ucapan alu-aluan bengkel telah disampaikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan, IYRES dan dihadiri oleh tujuh orang penulis artikel serta penyelidik IYRES.