kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Sesi Townhall sempena Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Selangor

Image

SEPANG, 23 APRIL 2026 – Sesi Townhall sempena Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Pusat Aktiviti Banghuris Homestay, Sepang, Selangor.

Program ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari dengan penglibatan belia negeri Selangor berumur antara 18 hingga 30 tahun. Program ini bertujuan meningkatkan penyertaan belia, memperluas akses kepada inisiatif kerajaan serta menyediakan platform komunikasi dua hala antara belia dan pihak kerajaan. Selain itu, pelbagai pengisian menarik turut diadakan, termasuk pameran interaktif, aktiviti kesukarelawan dan sukan komuniti.

Sesi ini turut dihadiri oleh Puan Nur Diyana Nadirah binti Mohd Hadi, Eksekutif Penyelidik Kanan, IYRES dan Cik Nurul Alya binti Mohamed Adnan, Penolong Eksekutif Penyelidik, IYRES sebagai pelapor sesi Townhall tersebut.

Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.2/2025, Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata serta Cadangan Data Baharu.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, IYRES.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.