- Laman Utama
- Berita Terkini
- IYRES Perkasa Tadbir Urus Melalui Bengkel Penambahbaikan Tatacara Kewangan dan Perakaunan
IYRES Perkasa Tadbir Urus Melalui Bengkel Penambahbaikan Tatacara Kewangan dan Perakaunan

SEPANG, 24-25 APRIL 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) melalui Unit Kewangan & Perolehan telah menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Tatacara Kewangan dan Perakaunan IYRES yang berlangsung di ibis Styles Hotel KLIA Sepang.
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk membincangkan serta menambah baik tatacara kewangan dan perakaunan sedia ada agar lebih relevan, dinamik dan selaras dengan keperluan semasa pelaksanaan projek serta aktiviti IYRES. Inisiatif ini juga penting dalam memastikan pengurusan kewangan organisasi sentiasa berintegriti, telus dan mematuhi piawaian tadbir urus yang ditetapkan.
Bengkel selama dua hari ini telah dipandu oleh Encik Mohd Farius Bujang, Penolong Eksekutif Kewangan IYRES, yang mengetuai sesi perbincangan secara interaktif bersama para peserta dalam memperhalusi prosedur serta mengenal pasti ruang penambahbaikan yang berimpak tinggi kepada kecekapan operasi organisasi.