- Laman Utama
- Berita Terkini
- Bengkel Penyelarasan Program Youth As Researchers 2026 (YAR’26)
Bengkel Penyelarasan Program Youth As Researchers 2026 (YAR’26)

PUTRAJAYA, 24 APRIL 2026 – Bengkel Penyelarasan Program Youth As Researchers 2026 (YAR’26) telah berjaya dilaksanakan pada 16 hingga 17 April 2026 bertempat di Ballroom Meeting 11, Aras UG, Mercure Living Putrajaya dengan penyertaan seramai 30 orang kakitangan IYRES.
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memantapkan garis panduan serta pelaksanaan program YAR’26, khususnya melibatkan penambahbaikan syarat-syarat kategori pertandingan. Inisiatif ini merupakan usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti penyertaan, di samping memperkemas gerak kerja pengurusan program agar lebih sistematik dan berimpak tinggi.
Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk menyelaras dan memperkemas garis panduan pelaksanaan program YAR’26 agar lebih jelas, relevan dan mudah dilaksanakan. Selain itu, bengkel ini turut meneliti serta menambah baik syarat-syarat kategori pertandingan bagi meningkatkan daya tarikan serta kualiti penyertaan.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan 2 IYRES sebagai pemudah cara sesi perbincangan serta perkongsian input strategik sepanjang program berlangsung.
Secara keseluruhannya, bengkel ini menjadi asas kukuh kepada pelaksanaan YAR’26 yang lebih tersusun, inklusif dan memberi impak signifikan kepada pembangunan belia berasaskan penyelidikan di Malaysia.