- Laman Utama
- Berita Terkini
- IYRES Perkukuh Peranan Strategik dalam Latihan Sukarelawan Teraju Muda 2026
IYRES Perkukuh Peranan Strategik dalam Latihan Sukarelawan Teraju Muda 2026

CHERAS, 24 APRIL 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dijemput sebagai penceramah sempena Latihan Sukarelawan Teraju Muda dan Pegawai Seranta Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Berlian, Aras 1, Blok B, Pusat Belia Antarabangsa (IYC).
Latihan ini dilaksanakan sebagai persediaan kepada para peserta dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan belia di kawasan Parlimen terpilih. Pasukan IYRES yang terlibat dalam sesi ini terdiri daripada Puan Mastura Mohamad (EPK2), Encik Mohd Rizal Mohd Sham (EPK5) dan Encik Shah Romnizam Ramli (EPK10), telah menyampaikan pembentangan bertajuk “IYRES: Nadi Strategik & Think Tank Pembangunan Belia” kepada seramai 20 orang belia terpilih.
Melalui sesi pembentangan tersebut, para peserta telah didedahkan kepada fungsi dan peranan IYRES sebagai pusat rujukan strategik pembangunan belia, selain memahami landskap semasa pembangunan belia negara serta pengenalan kepada sistem-sistem utama di bawah Hub Data Belia.