- Laman Utama
- Berita Terkini
- Sesi Taklimat Training of Trainers (TOT) kepada Penyelia bagi Pengumpulan Profil Belia NEET 2026
Sesi Taklimat Training of Trainers (TOT) kepada Penyelia bagi Pengumpulan Profil Belia NEET 2026

PUTRAJAYA, 14 MEI 2026 - Sesi taklimat Training of Trainers (TOT) kepada penyelia bagi pengumpulan profil belia NEET bagi tahun 2026 telah selesai dilaksanakan secara atas talian.
Sesi TOT ini telah dihadiri secara atas talian oleh dua puluh lapan (28) orang penyelia. Tujuan pelaksanaan TOT ini adalah untuk memberi penerangan, pendedahan dan kefahaman lebih jelas berkenaan skop tugas penyelia sepanjang melakukan proses pengutipan data bagi kajian ini.
Sesi TOT telah disampaikan oleh Puan Mastura Mohamad dan Puan Norhidayah Omar, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES serta turut dihadiri pasukan penyelidik Puan Norati'qah, Puan Rozahidah Roslee, Encik Muhammad Aizad Mohd Apandi dan Cik Siti Aisyah Saahri.