- Laman Utama
- Berita Terkini
- Sesi Training of Trainers (TOT) Penyelia Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2026
Sesi Training of Trainers (TOT) Penyelia Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2026

PUTRAJAYA, 19 MEI 2026 - Sesi taklimat Training of Trainers (TOT) kepada penyelia bagi Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2026 telah selesai dilaksanakan secara atas talian.
Sesi TOT ini telah dihadiri secara atas talian oleh 15 orang penyelia. Tujuan pelaksanaan TOT ini adalah untuk memberi penerangan, pendedahan dan kefahaman lebih jelas berkenaan skop tugas penyelia sepanjang melakukan proses pengutipan data bagi kajian ini.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan I manakala sesi TOT telah disampaikan oleh Puan Nur Diyana Nadhirah Mohd Hadi dan Puan Rozahidah Roslee Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES serta dibantu oleh Encik Mohamad Saifful Hassan.