kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Belia Malaysia harus lebih memberi daripada menerima

Berita KBS - 14 Mei 2012

Disediakan oleh :  Mahanum Fauzi

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2012 -  “ Belia Malaysia harus lebih memberi daripada  menerima”, begitulah kata-kata YB Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Bin Cheek semasa sesi dialog yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri. Menurut beliau, belia zaman kini lebih matang dan berfikiran terbuka kerana belia lebih terdedah dengan informasi dan maklumat tanpa batasan.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek  menyatakan bahawa sudah tiba masanya belia Malaysia haruslah melakukan perubahan anjakan paradigma transformasi minda dengan lebih banyak memberi sumbangan dan khidmat berbanding hanya menerima atau meminta bantuan dan subsidi daripada kerajaan. Justeru itu, kerajaan telah mula membuka ruang dan peluang dengan melibatkan golongan belia dalam agenda pembangunan negara. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Selain itu, beliau berharap agar masyarakat tidak terlalu meletakkan perspektif negatif terhadap golongan belia sedangkan didapati ada lebih banyak lagi perkara positif yang terdapat pada belia. Perkara ini dapat dibuktikan dengan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.