- Laman Utama
- Berita Terkini
- Belia Malaysia harus lebih memberi daripada menerima
Belia Malaysia harus lebih memberi daripada menerima

Berita KBS - 14 Mei 2012
Disediakan oleh : Mahanum Fauzi
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KUALA LUMPUR, 9 MEI 2012 - “ Belia Malaysia harus lebih memberi daripada menerima”, begitulah kata-kata YB Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Bin Cheek semasa sesi dialog yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri. Menurut beliau, belia zaman kini lebih matang dan berfikiran terbuka kerana belia lebih terdedah dengan informasi dan maklumat tanpa batasan.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyatakan bahawa sudah tiba masanya belia Malaysia haruslah melakukan perubahan anjakan paradigma transformasi minda dengan lebih banyak memberi sumbangan dan khidmat berbanding hanya menerima atau meminta bantuan dan subsidi daripada kerajaan. Justeru itu, kerajaan telah mula membuka ruang dan peluang dengan melibatkan golongan belia dalam agenda pembangunan negara. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Selain itu, beliau berharap agar masyarakat tidak terlalu meletakkan perspektif negatif terhadap golongan belia sedangkan didapati ada lebih banyak lagi perkara positif yang terdapat pada belia. Perkara ini dapat dibuktikan dengan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012