- Home
- Berita Terkini
- Kursus Kepimpinan Wanita Lestari

|
Berita KBS - 12 Jun 2012 Kursus Kepimpinan Wanita Lestari9 JUN 2012, LANGKAWI - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Puspanita Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Wanita Lestari selama 3 hari 2 malam di sini, hari ini. Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang turut dihadiri oleh Pengerusi Puspanita KBS iaitu Y.Bhg. Datin Abidah binti Sani. Antara pengisian kursus tersebut adalah pendedahan mengenai corak kepimpinan dan komunikasi yang berkesan. Selain itu, elemen team building juga diberi penekanan memandangkan ianya menjadi salah satu teras dalam kepimpinan. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KBS, Y.Bhg. Dato’ Mohid bin Mohamed. Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi. Disediakan oleh : Musyrifah Binti Elias / S. Radha |