kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Berita KBS - 12 Jun 2012

Kursus Kepimpinan Wanita Lestari

9 JUN 2012, LANGKAWI - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Puspanita Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Wanita Lestari selama 3 hari 2 malam di sini, hari ini.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang turut dihadiri oleh Pengerusi Puspanita KBS iaitu Y.Bhg. Datin Abidah binti Sani. Antara pengisian kursus tersebut adalah  pendedahan mengenai corak kepimpinan dan komunikasi yang berkesan. Selain itu, elemen team building juga diberi penekanan memandangkan ianya menjadi salah satu teras dalam kepimpinan.

Majlis Penutup telah disempurnakan  oleh Ketua Setiausaha KBS, Y.Bhg. Dato’ Mohid bin Mohamed. Turut hadir  Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis wakil daripada  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi.

Disediakan oleh : Musyrifah Binti Elias / S. Radha


Cetak   Emel

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.