kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS – Nasional FM Bakal Gegar Pendengar Di Hari Raya Nanti

 

Berita KBS - 13 August 2012

 

KBS – NASIONAL FM BAKAL GEGAR PENDENGAR DI HARI RAYA NANTI

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


BUKIT KIARA, 8 OGOS 2012 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Nasional FM bakal menggegarkan pendengar radio pada hari raya nanti menerusi rancangan Gegar Raya KBS - Nasional FM yang telah selesai rakamannya hari ini.

            Rancangan kira-kira dua jam itu dipenuhi dengan pelbagai celoteh dari atlet-atlet sukan negara seperti Azlan Iskandar, Khairul Anuar Mohamad, Dato’ Malek Noor, pengulas sukan, Dato’ Haji Hasbullah Awang, Haji Abdulah Hashim, ikon belia, Dr. Nawwar Ariffin, pengurusan tertinggi KBS, Ketua Setiausahanya, Dato’ Mohid Mohamed dan  Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri yang bertanggungjawab.

            Beberapa artis baharu dan lama turut menghiasi rancangan ini seperti Haziq AF, Hasnol Rahmat, peserta program realiti, Asmidar dan penyanyi yang terkenal dengan lagu Musliha dan Gadis Melayu iaitu Othman Hamzah serta persembahan beberapa lagu Hari Raya oleh pengurusan tertinggi KBS.

            Rancangan yang dihoskan DJ Iwan dan DJ Hamami dari Nasional FM pertama kali melibatkan KBS dalam usaha membawa pendengar berkongsi pengalaman dan cerita mengenai sambutan Aidil Fitri oleh mereka yang terlibat dalam bidang sukan, kemasyarakatan dan pengurusan belia serta sukan.

            Dato’ Sri Ahmad Shabery berkata, kerjasama dua hala ini membolehkan program pembangunan belia dan sukan diberikan publisiti supaya golongan belia sentiasa mendapat maklumat yang terkini mengenai kedua–dua bidang itu.

            Beliau dan Dato’ Mohid turut menyanyikan lagu raya mendapat tepukan yang gemuruh dari penonton yang menyaksikan rakaman itu.

Disunting oleh : Idris bin Hussin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.