- Laman Utama
- Berita Terkini
- KBS – Nasional FM Bakal Gegar Pendengar Di Hari Raya Nanti
KBS – Nasional FM Bakal Gegar Pendengar Di Hari Raya Nanti

|
Berita KBS - 13 August 2012
KBS – NASIONAL FM BAKAL GEGAR PENDENGAR DI HARI RAYA NANTI Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. BUKIT KIARA, 8 OGOS 2012 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Nasional FM bakal menggegarkan pendengar radio pada hari raya nanti menerusi rancangan Gegar Raya KBS - Nasional FM yang telah selesai rakamannya hari ini. Rancangan kira-kira dua jam itu dipenuhi dengan pelbagai celoteh dari atlet-atlet sukan negara seperti Azlan Iskandar, Khairul Anuar Mohamad, Dato’ Malek Noor, pengulas sukan, Dato’ Haji Hasbullah Awang, Haji Abdulah Hashim, ikon belia, Dr. Nawwar Ariffin, pengurusan tertinggi KBS, Ketua Setiausahanya, Dato’ Mohid Mohamed dan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri yang bertanggungjawab. Beberapa artis baharu dan lama turut menghiasi rancangan ini seperti Haziq AF, Hasnol Rahmat, peserta program realiti, Asmidar dan penyanyi yang terkenal dengan lagu Musliha dan Gadis Melayu iaitu Othman Hamzah serta persembahan beberapa lagu Hari Raya oleh pengurusan tertinggi KBS. Rancangan yang dihoskan DJ Iwan dan DJ Hamami dari Nasional FM pertama kali melibatkan KBS dalam usaha membawa pendengar berkongsi pengalaman dan cerita mengenai sambutan Aidil Fitri oleh mereka yang terlibat dalam bidang sukan, kemasyarakatan dan pengurusan belia serta sukan. Dato’ Sri Ahmad Shabery berkata, kerjasama dua hala ini membolehkan program pembangunan belia dan sukan diberikan publisiti supaya golongan belia sentiasa mendapat maklumat yang terkini mengenai kedua–dua bidang itu. Beliau dan Dato’ Mohid turut menyanyikan lagu raya mendapat tepukan yang gemuruh dari penonton yang menyaksikan rakaman itu. Disunting oleh : Idris bin Hussin (Unit Komunikasi Korporat, KBS) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|