kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

‘BRAINSTORMING’ ke Arah Menginstitusikan Hari Belia Negara

 

 

Berita KBS - 02 Oktober 2012

 

Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

‘BRAINSTORMING’ KE ARAH MENGINSTITUSIKAN HARI BELIA NEGARA

SEREMBAN, 1 Oktober 2012 : “Kejayaan Hari Belia Negara (HBN) ialah bagaimana kita membina pengalaman kepada para belia yang hadir supaya  apabila mereka pulang mereka akan mengatakan bahawa tidak ada sambutan hari  lain seperti Sambutan Hari Belia ini”, ujar Y.B. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek.

 “Experience merupakan satu brand kepada sambutan Hari Belia Negara ini”, tambah beliau lagi sewaktu merasmikan Technical Working Group dan Brainstorming Festival Belia Putrajaya 2013 di Royale Bintang Hotel, Seremban. Bengkel ini antara lain membincangkan hal-hal berkaitan sambutan Hari Belia Negara pada tahun lepas dan merencanakan pelaksanaan Festival Belia Putrajaya 2013.

  Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah; Mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak terhadap pelaksanaan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia Putrajaya Mei 2012; Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan Himpunan Jutaan Belia-Putrajaya Mei 2012 untuk meneruskan program yang akan datang dan; Mendapatkan idea baru ke arah pendekatan kepada pelaksanaan Festival Belia Putrajaya 2013. Peserta bengkel juga adalah dari kalangan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Belia dan Sukan. 

  Bengkel selama tiga hari ini yang bakal menutup tirainya pada hari Rabu (3 Oktober 2012) diharapkan dapat mencari segala kelemahan penganjuran pada tahun sebelumnya dan dilakukan penambahbaikan untuk penganjuran Festival Belia Putrajaya 2013.  

  “Antara cabaran-cabaran yang harus anda semua(peserta) hadapi adalah bagaimana kita nak menjadikan festival seperti ini mempunyai ‘ritual’ yang sama tetapi aktiviti yang berbeza bahkan adalah lebih hebat lagi”, saranan beliau kepada para peserta merujuk kepada tema Hari Esok Adalah Lebih Baik Dari Hari Ini. Beliau juga mengakui terdapat banyak kesilapan dan isu-isu yang tidak sepatutnya merencatkan perjalanan atau objektif penganjuran sambutan Himpunan Jutaan Belia pada tahun lepas.

  Antara kelemahan yang dikenalpasti dan diberi penekanan ialah mengenai komunikasi, hebahan dan penerangan. Justeru itu beliau mengingatkan agar dengan segala kemajuan yang ada pada hari ini kita hendaklah menggunakan kemudahan itu sebaik-baiknya.

     Antara tetamu yang hadir adalah; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Mohid bin Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan), Datuk Jamil bin Salleh dan; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Puan Hatipah Binti Haji Ibrahim

  

 Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

 

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.