- Laman Utama
- Berita Terkini
- ‘BRAINSTORMING’ ke Arah Menginstitusikan Hari Belia Negara
‘BRAINSTORMING’ ke Arah Menginstitusikan Hari Belia Negara

|
Berita KBS - 02 Oktober 2012
Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, (Unit Komunikasi Korporat, KBS) ‘BRAINSTORMING’ KE ARAH MENGINSTITUSIKAN HARI BELIA NEGARA SEREMBAN, 1 Oktober 2012 : “Kejayaan Hari Belia Negara (HBN) ialah bagaimana kita membina pengalaman kepada para belia yang hadir supaya apabila mereka pulang mereka akan mengatakan bahawa tidak ada sambutan hari lain seperti Sambutan Hari Belia ini”, ujar Y.B. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek. “Experience merupakan satu brand kepada sambutan Hari Belia Negara ini”, tambah beliau lagi sewaktu merasmikan Technical Working Group dan Brainstorming Festival Belia Putrajaya 2013 di Royale Bintang Hotel, Seremban. Bengkel ini antara lain membincangkan hal-hal berkaitan sambutan Hari Belia Negara pada tahun lepas dan merencanakan pelaksanaan Festival Belia Putrajaya 2013. Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah; Mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak terhadap pelaksanaan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia Putrajaya Mei 2012; Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan Himpunan Jutaan Belia-Putrajaya Mei 2012 untuk meneruskan program yang akan datang dan; Mendapatkan idea baru ke arah pendekatan kepada pelaksanaan Festival Belia Putrajaya 2013. Peserta bengkel juga adalah dari kalangan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Belia dan Sukan. Bengkel selama tiga hari ini yang bakal menutup tirainya pada hari Rabu (3 Oktober 2012) diharapkan dapat mencari segala kelemahan penganjuran pada tahun sebelumnya dan dilakukan penambahbaikan untuk penganjuran Festival Belia Putrajaya 2013. “Antara cabaran-cabaran yang harus anda semua(peserta) hadapi adalah bagaimana kita nak menjadikan festival seperti ini mempunyai ‘ritual’ yang sama tetapi aktiviti yang berbeza bahkan adalah lebih hebat lagi”, saranan beliau kepada para peserta merujuk kepada tema Hari Esok Adalah Lebih Baik Dari Hari Ini. Beliau juga mengakui terdapat banyak kesilapan dan isu-isu yang tidak sepatutnya merencatkan perjalanan atau objektif penganjuran sambutan Himpunan Jutaan Belia pada tahun lepas. Antara kelemahan yang dikenalpasti dan diberi penekanan ialah mengenai komunikasi, hebahan dan penerangan. Justeru itu beliau mengingatkan agar dengan segala kemajuan yang ada pada hari ini kita hendaklah menggunakan kemudahan itu sebaik-baiknya. Antara tetamu yang hadir adalah; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Mohid bin Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan), Datuk Jamil bin Salleh dan; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Puan Hatipah Binti Haji Ibrahim
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
|