- Home
- Berita Terkini
- Experience And Iconic Sambutan Festival Belia Putrajaya 2013.
Experience And Iconic Sambutan Festival Belia Putrajaya 2013.

Berita KBS - 17 Oktober 2012
|
EXPERIENCE AND ICONIC SAMBUTAN FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013. Disediakan oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan (Unit Komunikasi Korporat) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PUTRAJAYA, 16 OKTOBER 2012 – Perlaksanaan sambutan dan Perayaan Hari Belia Negara 2013 mensasarkan program-program baharu yang bakal memberikan EXPERIENCE dan ICONIC EVENT yang luar biasa kepada belia yang mengambil bahagian mahupun terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang pelancaran dan sambutan Hari Belia Negara dan Festival Belia Putrajaya 2013.
Berdasarkan sejarah sambutan dan perayaan Hari Belia Negara 2012 yang dikenali juga sebagai Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012, ianya telah melakar sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya melaksanakan lebih 500 aktiviti sekaligus mencatat kehadiran melebihi 2 juta orang belia dalam masa 5 hari dan ianya juga memberikan impak yang besar kepada seluruh lapisan masyarakat di seluruh negara, ianya juga menjadi perhatian negara-negara luar untuk turut serta berganding bahu dalam menjayakan program Karnival Belia Putrajaya 2013 yang akan dilaksanakan Mei tahun hadapan.
Menurut En. Mod Nadzri Yaacob terdapat beberapa acara ikonik (ICONIC EVENT) yang perlu diberi perhatian pada Festival Belia Putrajaya 2013 antaranya adalah Perlancaran Festival Belia Putrajaya 2013 Oleh YAB Perdana Menteri, Perarakan Mega Belia (Youth Procession), International Event (ASEAN + 3) dan World Music Fiesta.
Ini kerana acara ikonik ini adalah sebagai penarik generasi belia untuk turut sama-sama merasai bahang kemeriahan sambutan dan merasai “EXPERIENCE” dan “ICONIC EVENT” yang dijanjikan. Selain itu ia juga sebahagian daripada penanda aras kejayaan program yang akan dilaksanakan.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|