kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Experience And Iconic Sambutan Festival Belia Putrajaya 2013.

Berita KBS - 17 Oktober 2012

EXPERIENCE AND ICONIC SAMBUTAN FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013.

Disediakan oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan  (Unit Komunikasi Korporat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 16 OKTOBER 2012 – Perlaksanaan sambutan dan Perayaan Hari Belia Negara 2013 mensasarkan program-program baharu yang bakal memberikan EXPERIENCE dan  ICONIC  EVENT yang luar biasa kepada belia yang mengambil bahagian mahupun terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang pelancaran dan sambutan Hari Belia Negara dan Festival Belia Putrajaya 2013.

 

Berdasarkan sejarah sambutan dan perayaan Hari Belia Negara 2012 yang dikenali juga sebagai Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012, ianya telah melakar sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya melaksanakan lebih 500 aktiviti sekaligus  mencatat kehadiran melebihi 2 juta orang belia dalam masa 5 hari dan ianya juga memberikan impak yang besar kepada seluruh lapisan masyarakat di seluruh negara, ianya juga menjadi perhatian negara-negara luar untuk turut serta berganding bahu dalam menjayakan program Karnival Belia Putrajaya 2013 yang akan dilaksanakan Mei tahun hadapan.

 

Menurut En. Mod Nadzri Yaacob terdapat beberapa acara ikonik (ICONIC  EVENT) yang perlu diberi perhatian  pada Festival Belia Putrajaya 2013  antaranya adalah Perlancaran Festival Belia Putrajaya 2013 Oleh YAB Perdana Menteri, Perarakan Mega Belia (Youth Procession), International Event (ASEAN + 3) dan World Music Fiesta.

 

Ini kerana acara ikonik ini adalah sebagai penarik generasi belia untuk turut sama-sama merasai bahang kemeriahan sambutan dan merasai “EXPERIENCE” dan “ICONIC  EVENT”  yang dijanjikan. Selain itu  ia juga sebahagian daripada penanda aras  kejayaan program yang akan dilaksanakan.

 

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.