kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Putera Edward Terima Cenderamata Malaysia.

Berita KBS -28 November 2012

 

PUTERA EDWARD TERIMA CENDERAMATA MALAYSIA.

Disediakan oleh: Sabran Abd. Bahar

(Cawangan Rakan Muda, Bahagian Pembangunan Belia)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

MALTA, 25 NOVEMBER 2012 : Putera Edward (HRH The Earl of Wessex), Pengerusi Majlis Anugerah Antarabangsa menerima cenderamata dari Malaysia sempena "The 11th International Forum of the International Award Association" yang diadakan di sini bermula pada 21 November hingga 25 November 2012. Cenderamata disampaikan oleh Sabran Abd. Bahar, Pengarah Cawangan Rakan Muda bersama Ravichandran Balasubramaniam mewakili Malaysia dalam forum tersebut.

 

Forum tersebut telah dihadiri oleh 69 buah negara yang melaksanakan program 'The Duke of Edinburg's International Award" atau 'The International Award for Young People". Kini, hampir 140 buah negara melaksanakan program tersebut yang telah melibatkan hampir lapan (8) juta golongan remaja terlibat. Di Malaysia, program tersebut dikenali sebagai program Anugerah Remaja Perdana (ARP) sejak tahun 2000. Forum seumpama ini diadakan tiga (3) tahun sekali.

 

Forum kali ini diadakan bertujuan untuk memberikan input terkini mengenai program anugerah, memperkasa program di setiap negara, nilai tambah kepada semangat dalam kesatuan, merancang melaksanakan kaedah baru bertaraf antarabangsa, memberi pengiktirafan kepada program anugerah sebagai 'perdagangan antarabangsa' dan mempertingkatkan  nilai kerjasama bagi memastikan kelangsungan program anugerah selamanya.

 

Majlis perasmian Forum tersebut dirasmikan oleh Presiden Malta, manakala majlis penutupan forum disempurnakan oleh Putera Edward. Tuan rumah untuk Forum akan datang bagi kali ke-12 akan diadakan di Toronto, Kanada pada tahun 2015.

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.