- Laman Utama
- Berita Terkini
- Putera Edward Terima Cenderamata Malaysia.
Putera Edward Terima Cenderamata Malaysia.

Berita KBS -28 November 2012
|
PUTERA EDWARD TERIMA CENDERAMATA MALAYSIA. Disediakan oleh: Sabran Abd. Bahar (Cawangan Rakan Muda, Bahagian Pembangunan Belia) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
MALTA, 25 NOVEMBER 2012 : Putera Edward (HRH The Earl of Wessex), Pengerusi Majlis Anugerah Antarabangsa menerima cenderamata dari Malaysia sempena "The 11th International Forum of the International Award Association" yang diadakan di sini bermula pada 21 November hingga 25 November 2012. Cenderamata disampaikan oleh Sabran Abd. Bahar, Pengarah Cawangan Rakan Muda bersama Ravichandran Balasubramaniam mewakili Malaysia dalam forum tersebut.
Forum tersebut telah dihadiri oleh 69 buah negara yang melaksanakan program 'The Duke of Edinburg's International Award" atau 'The International Award for Young People". Kini, hampir 140 buah negara melaksanakan program tersebut yang telah melibatkan hampir lapan (8) juta golongan remaja terlibat. Di Malaysia, program tersebut dikenali sebagai program Anugerah Remaja Perdana (ARP) sejak tahun 2000. Forum seumpama ini diadakan tiga (3) tahun sekali.
Forum kali ini diadakan bertujuan untuk memberikan input terkini mengenai program anugerah, memperkasa program di setiap negara, nilai tambah kepada semangat dalam kesatuan, merancang melaksanakan kaedah baru bertaraf antarabangsa, memberi pengiktirafan kepada program anugerah sebagai 'perdagangan antarabangsa' dan mempertingkatkan nilai kerjasama bagi memastikan kelangsungan program anugerah selamanya.
Majlis perasmian Forum tersebut dirasmikan oleh Presiden Malta, manakala majlis penutupan forum disempurnakan oleh Putera Edward. Tuan rumah untuk Forum akan datang bagi kali ke-12 akan diadakan di Toronto, Kanada pada tahun 2015.
|