kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Gerbang SMS Buka Peluang Belia Lontarkan Pendapat

Berita KBS -16 Januari 2013

GERBANG SMS BUKA PELUANG BELIA LONTARKAN PENDAPAT

Oleh  : Junaidin Bardin (Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


PUTRAJAYA, 14 JANUARI 2013 –  Gerbang Sistem Pesanan Ringkas ( Gerbang SMS) yang diperkenalkan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi medium untuk belia melontarkan segala komen atau pendapat mereka mengenai sebarang isu yang boleh menjadi aset penting untuk memberi nilai tambah kepada program-program pembangunan belia sesuai dengan cita rasa dan kehendak mereka.

Gerbang sms ini bertujuan untuk melihat belia yang berdaftar dengan IPPBM membolehkan berkomunikasi dengan pihak IPPBM secara telus dan setiap komen atau maklum balas yang dilontarkan boleh dijadikan asas kajian bagi menyelami hasrat yang tersirat.

IPPBM  ialah sebuah pusat penyelidikan di bawah naungan  KBS yang menjalankan pelbagai aspek kajian. Selain itu, IPPBM yang berfungsi untuk menjalankan penyelidikan bagi program pembangunan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun turut mengendalikan program-program seperti persidangan, seminar, pendaftaran E- Belia dan alam web Vyrec.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan Dato Sri Ahmad Shabery Cheek bersama timbalannya, Dato’ Haji Razali Haji Ibrahim mengadakan lawatan singkat ke  IPPBM bagi meninjau perkembangan serta program-program penyelidikan terbaharu yang dilaksanakan institusi ini. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha ( Strategik ) KBS  dan Setiausaha-setiausaha Bahagian di Kementerian ini.

Turut dibentangkan dalam lawatan kerja ini mengenai Gerbang Sms. Data-data yang dibentang adalah kajian semasa mengikut negeri dan semua data ini adalah jumlah semasa yang dilakukan oleh IPPBM.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.