- Laman Utama
- Berita Terkini
- Gerbang SMS Buka Peluang Belia Lontarkan Pendapat
Gerbang SMS Buka Peluang Belia Lontarkan Pendapat

Berita KBS -16 Januari 2013
|
GERBANG SMS BUKA PELUANG BELIA LONTARKAN PENDAPAT Oleh : Junaidin Bardin (Unit Komunikasi Korporat KBS ) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. PUTRAJAYA, 14 JANUARI 2013 – Gerbang Sistem Pesanan Ringkas ( Gerbang SMS) yang diperkenalkan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi medium untuk belia melontarkan segala komen atau pendapat mereka mengenai sebarang isu yang boleh menjadi aset penting untuk memberi nilai tambah kepada program-program pembangunan belia sesuai dengan cita rasa dan kehendak mereka. Gerbang sms ini bertujuan untuk melihat belia yang berdaftar dengan IPPBM membolehkan berkomunikasi dengan pihak IPPBM secara telus dan setiap komen atau maklum balas yang dilontarkan boleh dijadikan asas kajian bagi menyelami hasrat yang tersirat. IPPBM ialah sebuah pusat penyelidikan di bawah naungan KBS yang menjalankan pelbagai aspek kajian. Selain itu, IPPBM yang berfungsi untuk menjalankan penyelidikan bagi program pembangunan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun turut mengendalikan program-program seperti persidangan, seminar, pendaftaran E- Belia dan alam web Vyrec. Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan Dato Sri Ahmad Shabery Cheek bersama timbalannya, Dato’ Haji Razali Haji Ibrahim mengadakan lawatan singkat ke IPPBM bagi meninjau perkembangan serta program-program penyelidikan terbaharu yang dilaksanakan institusi ini. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha ( Strategik ) KBS dan Setiausaha-setiausaha Bahagian di Kementerian ini. Turut dibentangkan dalam lawatan kerja ini mengenai Gerbang Sms. Data-data yang dibentang adalah kajian semasa mengikut negeri dan semua data ini adalah jumlah semasa yang dilakukan oleh IPPBM.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|