- Home
- Berita Terkini
- IPPBM Di Karnival Pelancongan Kempen Promosi Visit Malaysia Year 2014
IPPBM Di Karnival Pelancongan Kempen Promosi Visit Malaysia Year 2014

Berita IPPBM- 23 Januari 2013
|
IPPBM DI KARNIVAL PELANCONGAN KEMPEN PROMOSI VISIT MALAYSIA YEAR 2014 Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM) BUKIT JALIL, 21 Januari 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah mengadakan pameran dan aktiviti pendaftaran e-belia sempena Karnival Pelancongan Kempen Promosi Visit Malaysia Year 2014 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini. Fokus utama IPPBM di karnival tersebut ialah bagi mendaftarkan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun di bawah sistem e-belia untuk Pangkalan Data Maklumat Belia bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Sebanyak 320 orang belia telah mendaftar sepajang karnival tersebut berlangsung. Pendaftran secara online bagi sistem e-belia juga boleh dipohon di pautan http://interaktif.kbs.gov.my/E-BELIA/. Melalui pendaftaran e-belia, para belia yang berjaya dalam pendaftaran akan menjadi kumpulan terawal mengetahui maklumat berkaitan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi di bawah KBS. Mereka juga berpeluang menerima jemputan menyertai program-program KBS yang berhampiran dengan alamat seperti yang didaftarkan di sistem e-belia. Maklumat berkaitan pembangunan ekonomi belia juga akan disalurkan terus kepada belia yang berdaftar melalui saluran emel dan sistem pesanan ringkas(sms). Selain IPPBM, pameran tersebut turut disertai oleh bahagian dan agensi KBS yang lain yang diselaraskan oleh Unit Komunikasi Korporat untuk pameran kementerian sempena karnival tersebut.
Disunting : Suraya Sulaiman ( IPPBM ) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|