kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IPPBM Di Karnival Pelancongan Kempen Promosi Visit Malaysia Year 2014

Berita IPPBM- 23 Januari 2013

IPPBM DI KARNIVAL PELANCONGAN KEMPEN PROMOSI VISIT MALAYSIA YEAR 2014


Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.



BUKIT JALIL, 21 Januari 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah mengadakan pameran dan aktiviti pendaftaran e-belia sempena Karnival Pelancongan Kempen Promosi Visit Malaysia Year 2014 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

Fokus utama IPPBM di karnival tersebut ialah bagi mendaftarkan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun di bawah sistem e-belia untuk Pangkalan Data Maklumat Belia bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Sebanyak 320 orang belia telah mendaftar sepajang karnival tersebut berlangsung. Pendaftran secara online bagi sistem e-belia juga boleh dipohon di pautan http://interaktif.kbs.gov.my/E-BELIA/.

Melalui pendaftaran e-belia, para belia yang berjaya dalam pendaftaran akan menjadi kumpulan terawal mengetahui maklumat berkaitan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi di bawah KBS. Mereka juga berpeluang menerima jemputan menyertai program-program KBS yang berhampiran dengan alamat seperti yang didaftarkan di sistem e-belia. Maklumat berkaitan pembangunan ekonomi belia juga akan disalurkan terus kepada belia yang berdaftar melalui saluran emel dan sistem pesanan ringkas(sms).

Selain IPPBM, pameran tersebut turut disertai oleh bahagian dan agensi KBS yang lain yang diselaraskan oleh Unit Komunikasi Korporat untuk pameran kementerian sempena karnival tersebut.

 

Disunting : Suraya Sulaiman ( IPPBM )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.