kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IPPBM Laksanakan Kajian Untuk MY Beautiful Malaysia

 

Berita IPPBM - 4 Februari 2013

IPPBM LAKSANAKAN KAJIAN UNTUK MY BEAUTIFUL MALAYSIA

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PUTRAJAYA, 4 Februari 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah menjalankan kajian penyelidikan berkaitan penganjuran My Beautiful Malaysia semalam bertempat di ke semua lokasi yang dianjurkan.

 

Objektif kajian ialah untuk membina profil sukarelawan belia di Malaysia, mengenalpasti semangat sukarelawan di kalangan belia, mengenalpasti sejauh mana para belia mengetahui kewujudan 1M4U yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membantu aktivti kesukarelaan dan untuk melihat jangkaan serta ekspektasi belia selepas mengikuti program sukarelawan kempen mesra alam My Beautiful Malaysia 2013.

 

IPPBM sebagai pusat kajian belia, telah menghantar pasukan penyelidik ke lokasi program terpilih di negeri Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Seramai 3,081 responden telah terlibat dalam kajian tersebut. 

 

My Beautiful Malaysia anjuran bersama 1M4U dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah melibatkan seramai 1 juta sukarelawan yang menjalankan aktivti kesukarelaan secara serentak di 300 lokasi seluruh negara. Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak bertempat di Taman Medan, Petaling Jaya.

 

Sementara itu, YAB. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri’ Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin telah bersama-sama belia Johor melaksanakan My Beautiful Malaysia bertempat di Muar, Johor. Turut sama ialah YB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim.

 

Disunting : Suraya Sulaiman ( IPPBM )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.