- Laman Utama
- Berita Terkini
- IPPBM Laksanakan Kajian Untuk MY Beautiful Malaysia
IPPBM Laksanakan Kajian Untuk MY Beautiful Malaysia

Berita IPPBM - 4 Februari 2013
|
IPPBM LAKSANAKAN KAJIAN UNTUK MY BEAUTIFUL MALAYSIA Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM) PUTRAJAYA, 4 Februari 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah menjalankan kajian penyelidikan berkaitan penganjuran My Beautiful Malaysia semalam bertempat di ke semua lokasi yang dianjurkan.
Objektif kajian ialah untuk membina profil sukarelawan belia di Malaysia, mengenalpasti semangat sukarelawan di kalangan belia, mengenalpasti sejauh mana para belia mengetahui kewujudan 1M4U yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membantu aktivti kesukarelaan dan untuk melihat jangkaan serta ekspektasi belia selepas mengikuti program sukarelawan kempen mesra alam My Beautiful Malaysia 2013.
IPPBM sebagai pusat kajian belia, telah menghantar pasukan penyelidik ke lokasi program terpilih di negeri Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Seramai 3,081 responden telah terlibat dalam kajian tersebut.
My Beautiful Malaysia anjuran bersama 1M4U dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah melibatkan seramai 1 juta sukarelawan yang menjalankan aktivti kesukarelaan secara serentak di 300 lokasi seluruh negara. Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak bertempat di Taman Medan, Petaling Jaya.
Sementara itu, YAB. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri’ Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin telah bersama-sama belia Johor melaksanakan My Beautiful Malaysia bertempat di Muar, Johor. Turut sama ialah YB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim.
Disunting : Suraya Sulaiman ( IPPBM ) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|