kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Belia Perlu Rebut Peluang Di UTC Perak

 

Berita KBS - 21 Februari 2013

BELIA PERLU REBUT PELUANG DI UTC PERAK

 

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

IPOH, 15 FEBRUARI 2013 -  Belia kawasan Bandaraya Ipoh dan negeri Perak amnya disaran agar merebut peluang yang disediakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang baharu dirasmikan oleh Perdana Menteri hari ini sejajar usaha kerajaan untuk memberikan perkhidmatan setempat di bawah satu bumbung kepada rakyat.

 

Pusat yang terletak di Bangunan Lama Pasaraya Super Kinta itu menjadi UTC ketiga selepas Melaka dan Kuala Lumpur turut menempatkan kemudahan-kemudahan sukan di bawah kelolaan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta.

 

Ditempatkan di aras dua, bangunan itu dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam menyediakan kemudahan seperti Gymnasium Rakyat 1 Malaysia, Studio Aerobik dan Pusat Sehenti untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

 

Orang ramai adalah dipelawa menggunakan kemudahan yang disediakan dengan bimbingan serta tunjuk ajar instruktor yang bertauliah. Maklumat lanjut, sila hubungi Encik Khairul di talian : 013- 4536889.

 

Disunting : Idris Husin (Unit Komunikasi korporat, KBS)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.