- Laman Utama
- Berita Terkini
- Belia Perlu Rebut Peluang Di UTC Perak
Belia Perlu Rebut Peluang Di UTC Perak

Berita KBS - 21 Februari 2013
|
BELIA PERLU REBUT PELUANG DI UTC PERAK
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.IPOH, 15 FEBRUARI 2013 - Belia kawasan Bandaraya Ipoh dan negeri Perak amnya disaran agar merebut peluang yang disediakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang baharu dirasmikan oleh Perdana Menteri hari ini sejajar usaha kerajaan untuk memberikan perkhidmatan setempat di bawah satu bumbung kepada rakyat.
Pusat yang terletak di Bangunan Lama Pasaraya Super Kinta itu menjadi UTC ketiga selepas Melaka dan Kuala Lumpur turut menempatkan kemudahan-kemudahan sukan di bawah kelolaan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta.
Ditempatkan di aras dua, bangunan itu dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam menyediakan kemudahan seperti Gymnasium Rakyat 1 Malaysia, Studio Aerobik dan Pusat Sehenti untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Orang ramai adalah dipelawa menggunakan kemudahan yang disediakan dengan bimbingan serta tunjuk ajar instruktor yang bertauliah. Maklumat lanjut, sila hubungi Encik Khairul di talian : 013- 4536889.
Disunting : Idris Husin (Unit Komunikasi korporat, KBS) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |