- Home
- Berita Terkini
- Masih Ada Yang Sayang.
Masih Ada Yang Sayang.

Berita KBS - 04 Mac 2013
|
MASIH ADA YANG SAYANG Disediakan oleh : Cawangan Pembangunan Rakan Muda,Bahagian Pembangunan Belia This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KAJANG, 28 FEBRUARI 2013 – Program Ziarah Kasih Sayang telah diadakan pada 25 Februari 2013 yang lalu bertempat di Taman Seri Puteri Cheras, Sungai Long, Kajang, Selangor. Program ini melibatkan pelbagai pihak yang bekerjasama iaitu Rakan Muda KBS, 1M4U, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kebangsaan dan Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA). Program bermula dengan gotong-royong oleh para sukarelawan yang turut disertai oleh Sukarelawan Anak Muda Utara membersih dan menceriakan kawasan persekitaran pusat tersebut. Diikuti dengan perkongsian pengalaman dan dialog bersama remaja wanita di institusi pemulihan dan perlindungan tersebut. Dialog yang dikendalikan oleh Saudara KhairulAnnuar Mansor, Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia dan dijayakan oleh dua orang panel iaitu Pengerusi Majlis Belia Negeri Sembilan, Puan Wan Salawati Abdullah dan Tokoh Belia Negara Tahun 2012, Cik Haryaty Hamdzah. Hadir sama diprogram ini adalah Pengarah Rakan Muda, Encik Abd. Aziz Abd. Rahman dan Ikon Belia Pulau Pinang, Hazrul Hafizi Halim.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |