kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Masih Ada Yang Sayang.

 

Berita KBS - 04 Mac 2013

 

MASIH ADA YANG SAYANG

Disediakan oleh : Cawangan Pembangunan Rakan Muda,Bahagian Pembangunan Belia

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

KAJANG, 28 FEBRUARI 2013 – Program Ziarah Kasih Sayang telah diadakan pada 25 Februari 2013 yang lalu bertempat di Taman Seri Puteri Cheras, Sungai Long, Kajang, Selangor. Program ini melibatkan pelbagai pihak yang bekerjasama iaitu Rakan Muda KBS, 1M4U, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kebangsaan dan Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA).

 Program bermula dengan gotong-royong oleh para sukarelawan yang turut disertai oleh Sukarelawan Anak Muda Utara membersih dan menceriakan kawasan persekitaran pusat tersebut. Diikuti dengan perkongsian pengalaman dan dialog bersama remaja wanita di institusi pemulihan dan perlindungan tersebut. Dialog yang dikendalikan oleh Saudara KhairulAnnuar Mansor, Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia dan dijayakan oleh dua orang panel iaitu Pengerusi Majlis Belia Negeri Sembilan, Puan Wan Salawati Abdullah dan Tokoh Belia Negara Tahun 2012, Cik Haryaty Hamdzah.

 
Objektif program ini dianjurkan adalah untuk mendekati penghuni rumah pelindungan tersebut mereka tidak merasa tersisih dari masyarakat selain memberi semangat dan sokongan moral kepada mereka untuk memulakan kehidupan yang baru. Mereka turut didedahkan dengan peluang melanjutkan pelajaran terutama dalam bidang kemahiran.

 Hadir sama diprogram ini adalah Pengarah Rakan Muda, Encik Abd. Aziz Abd. Rahman dan Ikon Belia Pulau Pinang, Hazrul Hafizi Halim.

 

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.