- Home
- Berita Terkini
- Belia Kuasa Baru Negara
Belia Kuasa Baru Negara

Berita KBS - 11 Mac 2013
|
BELIA KUASA BARU NEGARA Disediakan oleh : Khalid Khairuddin (Unit Komunikasi Korporat, KBS) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KUALA LUMPUR, 6 Mac 2013 – “Pihak pengurusan sesebuah organisasi belia, seharusnya menjadi pendengar yang baik terhadap pandangan para belia”, demikian ujar Prof. Dr. Simon Bradford dalam ceramah beliau di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (IYC) malam tadi.
Ceramah bertajuk “Professional Youth Work : Enhancing Youth Management” yang disampaikan oleh professor dari Universiti Brunei, United Kingdom ini cukup menarik dan memberi beberapa pandangan dalam menangani permasalahan pengurusan belia pada masa ini.
Beliau menambah, belia Gen-Y pada masa kini sangat berbeza dengan belia pada masa Babyboomers. Belia pada masa kini lebih terdedah dengan pengaruh negatif mengakibatkan kerugian besar kepada negara yang sedang membangun.
"Dengan sebab itu saya membuat kajian berkaitan professionalism di kalangan belia”, ujar beliau lagi. Kajian yang meletakkan kelas tertentu kepada para belia di antaranya dari segi Sosial, Jantina dan Gaya Hidup. Antara yang memainkan peranan utama adalah Perbezaan dan Persamaan dari segi Sosial yang membezakan seseorang Belia itu dalam kalangan professional atau sebaliknya.
Dari segi organisasi pula, beliau menekankan bahawa “kita mesti memahami kedudukan sosial belia dan haruslah bertindak dengan apa yang mereka minati supaya mereka tidak berasa bosan dan memahami kehendak mereka mengikut batas-batas tertentu” kata beliau lagi.
Beliau berpendapat bahawa pengaruh belia atau orang muda ini mampu menyumbang kepada sesuatu klimak perubahan. Ini sejajar dengan kata bistari, Jika Ingin Melihat Keadaan Pemimpin Pada Masa Hadapan, Lihatlah Pada Keadaan Remajanya Pada Masa Kini.
Program selama 2 jam anjuran pihak Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur ini menarik seramai 100 para belia. Mereka terdiri daripada golongan pelajar sekolah , mahasiswa dan pemimpin dari pelbagai badan bukan kerajaan.
Di akhir sesi program, Cik Azura binti Abidin, Pengarah IYC telah menyampaikan hadiah saguhati kepada penceramah berkenaan.
Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM, Dr. Wasitah binti Mohd Yusoff dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan.
Disunting oleh : Idris bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |