kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Belia Kuasa Baru Negara

 

Berita KBS - 11 Mac 2013

 

BELIA KUASA BARU NEGARA

Disediakan oleh : Khalid Khairuddin (Unit Komunikasi Korporat, KBS) 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2013 – “Pihak pengurusan sesebuah organisasi belia,  seharusnya menjadi pendengar yang baik terhadap pandangan  para belia”, demikian ujar Prof. Dr. Simon Bradford dalam ceramah beliau di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (IYC)  malam tadi.

 

Ceramah bertajuk “Professional Youth Work : Enhancing Youth Management” yang disampaikan oleh professor dari Universiti Brunei, United Kingdom ini cukup menarik dan memberi beberapa pandangan dalam menangani permasalahan pengurusan belia pada masa ini.

 

Beliau menambah, belia Gen-Y pada masa kini sangat berbeza dengan belia pada masa Babyboomers. Belia pada masa kini lebih terdedah dengan pengaruh negatif mengakibatkan kerugian besar kepada negara yang sedang membangun.

 

"Dengan sebab itu saya membuat kajian berkaitan professionalism di kalangan belia”, ujar beliau lagi. Kajian yang meletakkan kelas tertentu kepada para belia di antaranya dari segi Sosial, Jantina dan Gaya Hidup. Antara yang memainkan peranan utama adalah Perbezaan dan Persamaan dari segi Sosial yang membezakan seseorang Belia itu dalam kalangan professional atau sebaliknya.

 

Dari segi organisasi pula, beliau menekankan bahawa “kita mesti memahami kedudukan sosial belia dan haruslah bertindak dengan apa yang mereka minati supaya mereka tidak berasa bosan dan memahami kehendak mereka mengikut batas-batas tertentu” kata beliau lagi.

 

Beliau berpendapat bahawa pengaruh belia atau orang muda ini mampu menyumbang kepada sesuatu klimak perubahan. Ini sejajar dengan kata bistari, Jika Ingin Melihat Keadaan Pemimpin Pada Masa Hadapan, Lihatlah Pada Keadaan Remajanya Pada Masa Kini.

 

Program selama 2 jam anjuran pihak Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur ini menarik seramai  100 para belia. Mereka terdiri daripada golongan pelajar sekolah , mahasiswa dan pemimpin  dari pelbagai badan bukan kerajaan.

 

Di akhir sesi program, Cik Azura binti Abidin, Pengarah IYC telah menyampaikan hadiah saguhati kepada penceramah berkenaan.

 

 Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM, Dr. Wasitah binti Mohd Yusoff  dan  pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan.

 

Disunting oleh : Idris bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.