kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Warga KBS Turut Meriahkan “1 Million Women Purple Walk”

 

Berita KBS - 18 Mac 2013

 

WARGA KBS TURUT MERIAHKAN “1 MILLION WOMEN PURPLE WALK”

 

Oleh : Yusfadhila  Yunus (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PUTRAJAYA, 17 Mac 2013 – Hampir seramai 500 warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hadir seawal pukul 7.30 pagi dan berhimpun di perkarangan Menara KBS bagi menyokong disamping memeriahkan lagi program “1 Million Women Purple Walk” di sini hari ini.

Mengenakan pakaian bertemakan warna ungu, warga KBS bersama-sama warga Kementerian Sumber Asli, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Asas Tani berhimpun di Presint 4 berhadapan KBS memulakan aktiviti dengan acara Senam Seni 1Malaysia sebelum diteruskan dengan acara berjalan kaki sejauh 250 meter menuju ke Istana Kehakiman.

Acara tersebut turut disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Komuniti dan Kebudayaan Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen dan SenatorTan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Kewangan ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak berlangsung serentak di seluruh negara bermula 9 pagi.

Objektif utama program ini adalah untuk menghimpunkan sejuta wanita bagi menunjukkan perpaduan kaum hawa dalam menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan wanita Malaysia.

 Pada program ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut melancarkan 1Malaysia Komuniti PERWANI yang akan mewujudkan 100,000 kumpulan wanita di seluruh negara untuk bertindak sebagai ejen transformasi komuniti bagi menjalankan aktiviti seperti seperti penjagaan kesihatan, kebajikan keluarga, kemahiran, keusahawanan dan tuisyen.

            Komuniti tersebut terdiri daripada persatuan penduduk, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ibu-ibu tunggal dan wanita.

 

Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.