- Laman Utama
- Berita Terkini
- Warga KBS Turut Meriahkan “1 Million Women Purple Walk”
Warga KBS Turut Meriahkan “1 Million Women Purple Walk”

Berita KBS - 18 Mac 2013
|
WARGA KBS TURUT MERIAHKAN “1 MILLION WOMEN PURPLE WALK”
Oleh : Yusfadhila Yunus (Unit Komunikasi Korporat, KBS) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PUTRAJAYA, 17 Mac 2013 – Hampir seramai 500 warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hadir seawal pukul 7.30 pagi dan berhimpun di perkarangan Menara KBS bagi menyokong disamping memeriahkan lagi program “1 Million Women Purple Walk” di sini hari ini. Mengenakan pakaian bertemakan warna ungu, warga KBS bersama-sama warga Kementerian Sumber Asli, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Asas Tani berhimpun di Presint 4 berhadapan KBS memulakan aktiviti dengan acara Senam Seni 1Malaysia sebelum diteruskan dengan acara berjalan kaki sejauh 250 meter menuju ke Istana Kehakiman. Acara tersebut turut disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Komuniti dan Kebudayaan Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen dan SenatorTan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Kewangan ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak berlangsung serentak di seluruh negara bermula 9 pagi. Objektif utama program ini adalah untuk menghimpunkan sejuta wanita bagi menunjukkan perpaduan kaum hawa dalam menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan wanita Malaysia. Pada program ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut melancarkan 1Malaysia Komuniti PERWANI yang akan mewujudkan 100,000 kumpulan wanita di seluruh negara untuk bertindak sebagai ejen transformasi komuniti bagi menjalankan aktiviti seperti seperti penjagaan kesihatan, kebajikan keluarga, kemahiran, keusahawanan dan tuisyen. Komuniti tersebut terdiri daripada persatuan penduduk, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ibu-ibu tunggal dan wanita.
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|