kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Perkasakan Belia Malaysia.

Berita KBS - 18 April 2013

Perkasakan Belia Malaysia.

Oleh : Muhammad Syazwan Ahmad Kamal (Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

CHERAS, 16 April 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) mengadakan satu program bertajuk “ Wacana Ilmu, Memperkasakan Belia Malaysia” bertempat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa di sini hari ini awal pagi tadi.

 

Penyertaan program pada kali ini telah melibatkan lebih 100 peserta dari pelbagai bidang. Program yang diadakan bertindak sebagai platform bagi memberi peluang kepada pengkaji-pengkaji membentangkan hasil kajian mengenai belia mereka serta mengadakan sesi berdialog dan soal jawab dengan para peserta.  

 

IPPBM yang berfungsi sebagai badan yang diberi mandat untuk melaksanakan pelbagai jenis program penyelidikan dan aktiviti bagi memperluaskan hasil-hasil kajian dan produk penyelidikan bagi menggalakkan lagi perkongsian ilmu yang dapat menggalakkan lagi pembangunan belia selari dengan kepentingan negara dalam memperkasakan belia Malaysia.

 

Para peserta berpeluang mendapat pelbagai input daripada pembentangan hasil daripada kajian para penyelidik serta mendapat pelbagai manfaat daripada ilmu yang dikongsi pada program tersebut.

 

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shaber Cheek kemudian merasmikan program itu disamping buku yang diterbitkan IPPBM mengenai tingkah laku golongan atau kehendak generasi muda.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.