- Laman Utama
- Berita Terkini
- Perkasakan Belia Malaysia.
Perkasakan Belia Malaysia.

Berita KBS - 18 April 2013
|
Perkasakan Belia Malaysia. Oleh : Muhammad Syazwan Ahmad Kamal (Unit Komunikasi Korporat KBS ) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.CHERAS, 16 April 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) mengadakan satu program bertajuk “ Wacana Ilmu, Memperkasakan Belia Malaysia” bertempat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa di sini hari ini awal pagi tadi.
Penyertaan program pada kali ini telah melibatkan lebih 100 peserta dari pelbagai bidang. Program yang diadakan bertindak sebagai platform bagi memberi peluang kepada pengkaji-pengkaji membentangkan hasil kajian mengenai belia mereka serta mengadakan sesi berdialog dan soal jawab dengan para peserta.
IPPBM yang berfungsi sebagai badan yang diberi mandat untuk melaksanakan pelbagai jenis program penyelidikan dan aktiviti bagi memperluaskan hasil-hasil kajian dan produk penyelidikan bagi menggalakkan lagi perkongsian ilmu yang dapat menggalakkan lagi pembangunan belia selari dengan kepentingan negara dalam memperkasakan belia Malaysia.
Para peserta berpeluang mendapat pelbagai input daripada pembentangan hasil daripada kajian para penyelidik serta mendapat pelbagai manfaat daripada ilmu yang dikongsi pada program tersebut.
Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shaber Cheek kemudian merasmikan program itu disamping buku yang diterbitkan IPPBM mengenai tingkah laku golongan atau kehendak generasi muda.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS ) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|