- Home
- Berita Terkini
- PERHIMPUNAN BULANAN IPPBM BULAN JUN 2013
PERHIMPUNAN BULANAN IPPBM BULAN JUN 2013

Berita KBS - 11 Jun 2013
|
PERHIMPUNAN BULANAN IPPBM BULAN JUN 2013 Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
Putrajaya, 10 Jun 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IPPBM) telah mengadakan Perhimpunan Mesra Bulanan bagi bulan Jun 2013 bertempat di pejabat IPPBM, Menara KBS. Perhimpunan ini adalah aktivti rutin bagi warga IPPBM setiap bulan bagi bersama-sama berhimpun mendengar amanat oleh YBrs. Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM. Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof dalam ucapan beliau menekankan saranan YB. Menteri Belia dan Sukan kepada warga KBS baru-baru ini semasa perhimpunan bulanan KBS yang merangkumi kepentingan kerjasama berpasukan, inovasi dan penekanan kepada impak keberkesanan dalam penganjuran sesuatu program. Beliau dalam ucapannya juga mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada warga IPPBM yang telah berjaya melaksanakan program “Youth Research Hub” sempena Festival Belia Putrajaya 2013 baru-baru ini yang telah membawa imej yang baik bagi IPPBM dari segi penganjurannya yang mesra belia. Perhimpunan bulanan IPPBM turut mewujudkan Anugerah Tokoh Bulanan bagi warga yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatannya pada bulan yang lalu. Penerima anugerah bagi bulan Mei 2013 telah dianugerahkan kepada Puan Sartina Safian, Pembantu Tadbir Kewangan IPPBM. Perhimpunan tersebut diakhiri dengan majlis meraikan hari lahir warga IPPBM. Disemak oleh : Suraya Sulaiman (EPK II IPPBM) |