kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERHIMPUNAN BULANAN IPPBM BULAN JUN 2013

 

Berita KBS - 11 Jun 2013

PERHIMPUNAN BULANAN IPPBM BULAN JUN 2013

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Putrajaya, 10 Jun 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IPPBM) telah mengadakan Perhimpunan Mesra Bulanan bagi bulan Jun 2013 bertempat di pejabat IPPBM, Menara KBS. Perhimpunan ini adalah aktivti rutin bagi warga IPPBM setiap bulan bagi bersama-sama berhimpun mendengar amanat oleh YBrs. Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM.

Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof dalam ucapan beliau menekankan saranan YB. Menteri Belia dan Sukan kepada warga KBS baru-baru ini semasa perhimpunan bulanan KBS yang merangkumi kepentingan kerjasama berpasukan, inovasi dan penekanan kepada impak keberkesanan dalam penganjuran sesuatu program. 

 Beliau dalam ucapannya juga mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada warga IPPBM yang telah berjaya melaksanakan program “Youth Research Hub” sempena Festival Belia Putrajaya 2013 baru-baru ini yang telah membawa imej yang baik bagi IPPBM dari segi penganjurannya yang mesra belia.  

Perhimpunan bulanan IPPBM turut mewujudkan Anugerah Tokoh Bulanan bagi warga yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatannya pada bulan yang lalu. Penerima anugerah bagi bulan Mei 2013 telah dianugerahkan kepada Puan Sartina Safian, Pembantu Tadbir Kewangan IPPBM.

Perhimpunan tersebut diakhiri dengan majlis meraikan hari lahir warga IPPBM.

Disemak oleh : Suraya Sulaiman (EPK II  IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.