kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

LAWATAN KERJA YB. EN. KHAIRY JAMALUDDIN KE IPPBM

LAWATAN KERJA YB. EN. KHAIRY JAMALUDDIN KE IPPBM
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PUTRAJAYA, 11 Jun 2013 – Menteri Belia dan Sukan, YB. En. Khairy Jamaluddin bersama pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) bertempat di Aras 10, Menara KBS, di sini hari ini.

Lawatan tersebut bertujuan menerangkan fungsi, peranan dan dapatan kajian IPPBM yang terkini. Penerangan ringkas berkenaan IPPBM telah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM Dr. Wasitah Haji. Mohd. Yusof. Pada sesi taklimatnya, beliau menerangkan empat fungsi utama IPPBM yang merangkumi skop penyelidikan, pangkalan data, penerbitan dan program sokongan penyelidikan.

Dalam sesi soal jawab, YB. En. Khairy Jamaluddin menyatakan penghargaannya kepada IPPBM di atas kejayaan dalam melaksanakan beberapa kajian yang memfokuskan kepada pembangunan belia Malaysia. Hasil-hasil kajian ini boleh dijadikan panduan untuk kementerian merangka program-program baru pada masa hadapan, katanya lagi.

YB. Menteri juga ingin melihat profil dan imej IPPBM dipertingkatkan bagi menjadikan ia sebuah pusat rujukan utama yang boleh dipercayai oleh umum berkenaan kajian generasi muda di Malaysia. Beliau juga menyarankan IPPBM menganjurkan lebih banyak forum dan seminar yang berkaitan isu-isu semasa bagi memperkenalkan lagi profil dan imej IPPBM di kalangan ahli-ahli akademik di Malaysia.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Jamil Salleh, Ketua Pengarah JBSN, Puan Hjh. Hatipah Ibrahim, dan Pegawai-pegawai Kanan KBS.

Disunting : Suraya Sulaiman (IPPBM)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.